English
हिन्दी
Indonesia
Português
Tiếng Việt
العربية
ไทย
Perlu tahu
Bitcoin mencapai $60,000 buat kali pertama sejak enam bulan pada hari Jumaat, menghampiri rekod tertinggi, apabila pedagang semakin yakin bahawa pihak kawal selia AS akan meluluskan pelancaran dana dagangan pertukaran (ETF) berasaskan kontrak futures. Para pelabur mata wang kripto menantikan kelulusan ETF AS yang pertama untuk bitcoin, yang rali baru-baru ini didorong sebagai sebahagian daripada penantian langkah seperti ini, yang dilihat sebagai percepatan penerimaan aset digital dalam arus perdana.
Yen Jepun merosot kepada tahap terendah sejak tiga tahun pada hari Jumaat dan mungkin mengalami minggu yang paling terus sejak MAc 2020, manakala dolar menuju kepada penurunan mingguan pertama berbanding mata wang utama lain sejak awal bulan lalu kerana selera risiko global bangkit semula.
Harga minyak mencapai ketinggian tiga tahun yang baharu pada hari Jumaat, melebihi $85 satu tong dengan ramalan defisit bekalan pada beberapa bulan akan datang apabila harga gas dan arang batu yang meningkat mendorong peralihan kepada produk minyak.
Penjualan runcit AS secara tidak dijangka meningkat pada bulan September, sebhagiannya didorong oleh lonjakan penerimaan di pengedar kenderaan disebabkan oleh harga kenderaan bermotor yang lebih tinggi, tetapi terdapat kebimbangan bahawa kekangan bekalan mungkin mengganggu musim belanja percutian di tengah kekurangan barang yang berterusan.
Saham Eropah menuju ke prestasi mingguan terbaik mereka dalam tujuh bulan pada hari Jumaat, sebagai permulaan baik untuk musim pendapatan membantu meredakan kebimbangan pelabur mengenai inflasi yang lebih tinggi.
Daftarkan Olymp Trade Hari Ini dan Dapatkan Gratis $10.000 Dapatkan $ 10.000 gratis untuk pemula
Pecahan asas
Merck |
Merck, juga dikenali sebagai MSD di luar Amerika Syarikat dan Kanada, hari ini mengumumkan bahawa Jawatankuasa Agensi Perubatan Eropah untuk Produk Ubatan bagi Penggunaan Manusia (CHMP) mencadangkan kelulusan VAXNEUVANCE™ (Pneumococcal 15-valent Conjugate Vaccine)
Untuk imunisasi aktif bagi pencegahan penyakit invasif dan pneumonia disebabkan Streptococcus pneumoniae dalam individu berusia 18 tahun dan ke atas. |
McDonald’s |
McDonald’s Corp. berkata ia akan mula menguji burger vegan McPlant bulan depan di lapan bandar AS mulai bulan depan. |
JPMorgan Chase |
Perniagaan pengurusan kekayaan bank AS menunjukkan prestasi hebat dalam suku tahun ketiga, disokong oleh tahap rekod aliran wang baharu ke dalam akaun dan peningkatan permintaan daripada klien untuk meminjam bagi melabur dalam portfolio pelaburan mereka. |
English
हिन्दी
Indonesia
Português
Tiếng Việt
العربية
ไทย









Peringatan risiko: Transaksi yang ditawarkan oleh Olymp Trade ini hanya dapat dilakukan oleh orang dewasa yang berkompeten secara penuh. Transaksi menggunakan instrumen keuangan yang ditawarkan di Olymp Trade ini melibatkan risiko yang tinggi. Oleh karena itu, trading dapat sangat berisiko. Jika Anda melakukan Transaksi dengan instrumen keuangan yang ditawarkan di Olymp Trade ini, Anda mungkin mengalami kerugian besar dan bahkan kehilangan seluruh dana di akun Anda. Sebelum Anda memutuskan untuk memulai Transaksi dengan instrumen keuangan yang ditawarkan di Olymp Trade ini, Anda harus meninjau Perjanjian Layanan dan informasi Pengungkapan Risiko. Olymp Trade ini dimiliki dan dikelola oleh Saledo Global LLC; pendaftaran: 227 LLC 2019; terdaftar di: First Floor, First St. Vincent Bank Ltd Building, P. O Box 1574, James Street, Kingstown, St. Vincent & the Grenadines.